Wednesday, March 9, 2011

BEROOK VS HANJINK!



SEEKUR BERUK BETINA CUBA MENYELAMATKAN ANAKNYA (gambar atas) YANG TERJATUH DALAM KESESAKAN LALULINTAS DI SEBATANG JALAN DI NEW DELHI, INDIA KELMARIN DARI DILANGGAR OLEH KENDERAAN YANG BANYAK.



Ketika ibu kepada anak beruk itu cuba menyelamatkannya, tiba-tiba muncul seekur anjing hitam cuba menyambar anak beruk itu untuk dijadikan mangsanya. Lantas ibu beruk itu pun menerkam ke arah anjing itu dan kejadian yang penuh dramatik ini berlarutan kira-kira 10 minit menyebabkan berlakunya kesesakan di jalan tersebut.



Ketika tangan anjing itu hampir menyentuh tubuh anak beruk itu, beruk betina itu pun mencengkam badan si anjing itu lalu menggigit bahagian belakang anjing tersebut. Dek kesakitan dengan gigitan ibu beruk itu, anjing hitam itu pun mengalah dan hampalah harapannya untuk menjadikan anak beruk itu sebagai mangsanya………..Lalu ibu beruk itupun melindungi anaknya dan membawa anaknya pergi dari situ dengan orangramai menyaksikan adegan tersebut……….begitulah KASIH IBU.….sanggup berkorban apa sahaja walaupun nyawanya sendiri…



Tapi di negara kita ada wanita/gadis yang sepatutnya mempunyai sifat keibuan tidak begitu…….tidak seperti beruk betina dalam gambar-gambar diatas……….wanita/gadis yang berseronok tanpa nikah ini menjadi sifat kebinatangan yang lebih kejam dengan MEMBUANG BAYI-BAYI YANG DILAHIRKAN..…….berbeza sungguh sifat keibuan beruk itu dengan wanita/gadis Malaysia dan yang menumpang sama.

KREDIT TO : http://www.kreatifminda.com/berita-bergambar/beruk-pandai-sayang-anak-berbanding-manusia/

No comments:

Post a Comment